Frequently Asked Questions

Setiap kawasan ada keperluan yang berbeza — Pilihan pagar bergantung kepada kegunaan dan bajet anda.

BRC Fence — Pilihan popular untuk kediaman. Harga berbaloi, tahan lama dan sesuai untuk pagar rumah, taman dan kawasan perumahan.

Chain Link Fence — Pagar hijau yang popular untuk kediaman, sekolah dan kawasan komersial. Kos efektif dan senang dipasang untuk kawasan yang panjang. 

Anti-Climb Fence — Direka untuk keselamatan tinggi. Mesh yang sangat rapat membuatkan pagar ini susah dipanjat. Sesuai untuk kilang, gudang, stor dan kawasan industri yang perlukan perlindungan lebih.

Semi Anti-Climb Fence — Pilihan pertengahan antara BRC dan Anti-Climb. Keselamatan lebih tinggi dari BRC tapi lebih kos efektif dari Anti-Climb penuh. 

Cyclone Mesh — Sesuai untuk kawasan ternakan dan ladang. Reka bentuk wayar fastlock yang fleksibel tahan tolakan binatang seperti lembu dan kambing. Pilihan yang kos efektif untuk kawasan yang luas. 

Electrode Mesh — Pagar elektrik untuk kawasan yang memerlukan keselamatan maksimum. Sesuai untuk ladang, kawasan industri atau mana-mana lokasi yang berisiko tinggi pencerobohan. 

WPC Fence — Pilihan premium untuk kediaman moden. Nampak cantik macam kayu, tahan karat dan tidak perlu banyak penyelenggaraan.

Concertina Razor Barbed Wire — Boleh jadi pagar juga dan salah satu tambahan keselamatan di bahagian atas pagar sedia ada. Sesuai untuk kilang dan kawasan berisiko tinggi.

Metal Deck Hoarding — Standard untuk tapak bina. Perlu dipasang sebelum kerja pembinaan bermula bagi memenuhi syarat pihak berkuasa. Ia melindungi privasi projek dari pandangan luar.  

Selain pagar, Fenceliner juga menyediakan pintu gate seperti sliding gate / swing gate / folding gate yang boleh digabungkan dengan mana-mana jenis pagar. 

Kedua-duanya pun boleh. Fenceliner menawarkan perkhidmatan supply sahaja untuk anda yang nak pasang sendiri atau ada contractor sendiri.

Tapi kalau nak senang, kita juga menyediakan pakej penuh — dari supply material hinggalah siap pasang. Tak perlu pening kepala nak cari supplier lain, cari tukang lain, koordinasi sana sini. Semua kita uruskan dari A sampai Z.

Harga pasang pagar bergantung kepada beberapa faktor — jenis pagar, ketinggian, panjang kawasan dan keadaan tanah dan lokasi projek. Kos fence installation untuk kediaman berbeza dengan kos untuk kilang atau kawasan industri yang memerlukan tahap keselamatan lebih tinggi.

Kawasan yang lebih luas, tanah yang mencabar atau lokasi yang jauh juga boleh mempengaruhi harga keseluruhan pemasangan pagar. Untuk sebut harga yang tepat, hubungi kita sekarang dan hantar gambar、ukuran kawasan anda kepada kita.